Wednesday, October 22, 2014

jeruk mangga asam boi

Assalamualaikum semua....

Haishh,sekarang nie asal on fb je,merata orang dok post pasal jeruk mangga asam boi tu. Boleh dikatakan dah jadi viral kat fb. Kecur air liur iolls bila tengok gambar jeruk tu! Wuwuwuw kalah orang mengidam.hihihi

So hari nie cuti,bangun pepagi pi tengok pokok mangga ayah! Memang rezeki sangat banyak gila kot buahnya. Apa lagi,panggil husband tolong ambikkan.

See,satu plastik besar aku petik. Habis clear buah mangga ayah aku kerjakan! Haha



Bahan-bahan yang diperlukan seperti gambar dibawah 


Cara-cara membuatnya :

1-potong buah mangga memanjang or ikut korang lah nak bentuk apa pun.

2-basuh mangga yang dipotong. Tos kan air hingga kering.

3- kemudia bubuh garam dalam 1 sudu besar if mangga korang banyak.

4- letakkan gula. Lagi banyak gula lagi sedap!

5. Letak kan asam boi. Nie pun sama lagi banyak lagi sedap.

6.last sekali letakkan cili api,depend pada tekak nak pedas mana ok!

7-gaul semua bahan hingga sebati. Take note,jangan bubuh air ya. Sebab nanti gula yang kita letak tu sendiri akan menghasilkan air bila cair.

8. Isikan dalam balang,simpan dalam peti 4-5 jam.tapi macam iolls yang jenis tak sabar,dah siap terus ngap! Hahaha

Nie jeruk yang aku buat. Dapat 3 balang besar!





Selamat mencuba!

Till then.......

Monday, October 13, 2014

paper bag murah!

Assalamualaikum...


tadi saja-saja check akaun nuffnang, terperanjat iolls, bila tengan murah hati gila nuffnang bagi BE sampai 11!! tak pernah dibagi banyak macam tu, syukur alhamdulillah :) then bila log in nuffnang je izan paling suka tengok keywords yang korang rajin dok google and taraaaa nie hasilnya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ramai yang cari paper bag murah rupanya! ok dekat sini izan share dekat mana korang boleh cari paper bag yang murah,dan boleh d.i.y nama korang dan boleh pilih corak. time izan kahwin dulu pun izan guna paper bag yang jenis kertas tu, sebab senang jimat then lagi satu kalau orang jenis macam izan nie suka isi dalam je, paper bag nanti campak ntah kemana. so bila beli yang murah kalau tetamu buang taklah rasa ralat sangat! hahaha *gila kejam iolls

mana B2B yang nak kahwin hujung tahun or next year boleh try survey dekat CARDBYMYAN dekat sini memacam jenis corak ada, lawa gila! dan yang pasti harganya murah gila ok! contoh macam nie
.
.
.
.
.
.






cute kan? sesuai untuk wedding aqiqah, birthday party and etc, cardbymyan nie bukan hanya buat paper bag sahaja diorang jugak ada buat sticker untuk tampal dekat paper bag, jar dan sebagainya





untuk sebarang pertanyaan/order/ korang boleh email dekat sini : cardbymyan@gmail.com

 till then..........



Wednesday, October 8, 2014

Farm in the city!

Assalamualaikum.....

huaghhh,sepatutnya esok dah pergi honeymoon, tapi apakan daya kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan. ecececehh,hihi its ok banyak masa lagi, nanti kita plan lain hari pulak.

oh! by the way cuti raya haji hari tu telah pergi ke farm in the city dekat seri kembangan! disebabkan plan honeymoon tak jadi, maka diriku mengajak husband pergi tengok binatang. hahaha macam bebudak kan. sebenarnya plan nak pi farm in the city nie pun dah lama, tapi asik tak ada masa free je, jadi bila cuti raya haji tolak hari isnin, maka terus ajak husband pergi.

ku ingatkan jauh lah sangat seri kembangan tu dari rumah dekat klang, rupanya dalam 20 minit jer =.=" boleh pegi tiap-tiap hari kau! hihi dekat sini tempatnya tak adalah macam zoo besar, ada memacam jenis binatang harimau,singa buaya tu semua, dekat sini tempat dia sederhana jer, and haiwan pun jenis yang tak bahaya.

tapiiiii yang paling best dekat farm in the city nie, kita boleh pegang haiwan-haiwan tu and boleh bagi makan sekali! tak ke best tu. kalau nak pergi sini bawak bebudak mesti seronok diorang, tapi disebakan iolls belum ada anak, so bawak laki jelah, hahaha



dekat atas tu fee nak masuk dekat farm in the city. siapa ada mykad boleh dapat harga 30 ringgit untuk dewasa.


first je masuk sini, kita akan nampak bapak segala kura-kura, besar gila baq ang. suami cakap dah sama besar dengan aku, hampeh betol =..=




see, i tengah bagi rusa makan, kita masuk je kandang binatang nie, nanti pekerja dia akan hulurkan kangkung untuk bagi binatang dekat situ makan. tapi i is tension, dengan kambing sebelah rusa tu! orang nak bagi rusa tu makan, asik mulut dia je mengangga.




wefie with owl! cuteness overload si burung hantu nie.


if tak silap nie burung kakak tua kot! haha


cuba uolls teka benda apakah itu? masa nak jalan masuk nie, hampir terkejut bila pandang atas nampak binatang nie sedang berlingkor, mak aiii besaq betoiii!

aucakkkk!


laki aku kata tikus besar! hahaha gila!





pekerja dekat situ suruh pegang, tapi tak tergamak nak pegang sebab geli!





ok its wrap! so pada parents yang punya anak kecik boleh bawak ke sini ok, memang berbaloi, boleh naik poney ride, pegang binatang, bagi ikan makan. so much better dari zoo negara! hahaha

till then......







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails