Friday, September 24, 2010

Tazkirah Jumaat : Solat dan 5 Jenis Manusia

assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca blog, hari nie hari jumaatkan, so saya nak kongsikan sedikit pasal solat dan 5 jenis manusia, yang aku rasa sesuai untuk kita renungkan bersama.


1- Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.



2- Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain. 

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.



3-  Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu. 

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.



4- Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya. 

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. 

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.



5- Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. 

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.




p/s : semoga kita semua tergolong dalam golongan yang ke 5  amin :)
 

2 comments:

  1. susah nk khusyuk solat bila pk mcm2..huhu~

    ReplyDelete
  2. @Khumaera Ismail


    hahaha...betul-betul lagi-lagi banyak ganguan disekeliling, lagi lah susah nk khusyuk :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails