Tuesday, November 9, 2010

anda pilih pasangan berdasarkan apa?

assalamualaikum semua

korang semua mesti pernah couplekan atau berpasangan, cuba angkat tangan sape yang tak pernah bercinta? tak kisah lah cinta monyet ke, cinta kera ke, janji cinta.

nak tanya sikit lah, kalau korang nak mencari pasangan untuk dijadikan kekasih, korang akan pilih dari segi apa ek? contohnya ada separuh orang akan memlilih pasangan berdasarkan paras rupa, nak yang hensem yang cantik jew! kalau tak hensem ngan cantik habis diREJECT! tapikan kalau dapat yang hensem atau cantik nie, mesti hati selalu jew curiga dan tak yakin, yealah dapat bf/gf yang hensem cantik semua, kalau time keluar, mesti ramai yang usha...betul tak??? dan time tue mulakah timbul perasaan jelous, yealah takut hati si dia berubah hati

ada pulak yang jenis pilih harta dan bayak duit, kalau kau tak ada kereta, wallet tak tebal, jangan harap nak tackle aku! ada tau orang jenis macam nie, sampai ezan ada sorang kawan nie, nak cari bf yang ada kereta, kalau ada moto dia tak nak keluar dating, hikhik sampai kesian kat bf dia terpaksa pinjam kete kawan. sadiskan!

ada banyak lagi kriteria, tapi 2 jew lah, ha korang pulak macam mana? pilih pasangan berdasarkan apa, jom lah kita kongsi-kongsi :)


alhamdulillah syukur kepada allah, sebab murahkan rezeki ezan lagi untuk anak bulusku dania, tadi cek akaun nuffnang ezan dapat lagi 2 BE, so semuanya ada 8 BE! dari acuvue and ikea..thanks nuffnang :)

13 comments:

  1. kalo dak degil nak yg baik hati jelah,boleh memahami..paras rupa no2..
    xkesah la ensem ke x,janji sedap mate memandang..
    ala..buruk2 pon,bile dah syg mesti jd ensem punyelah..hehe

    ReplyDelete
  2. ntahla..dlu men cekau2 jer. maklumla zmn muda2. Alhamdulillah, still kekal.. ;)

    ReplyDelete
  3. pilih yang leh faham donia ku yang hijau.susahlar nak pilih2.

    ReplyDelete
  4. bg sya yg memahani, hormat orang tua dan yang paling penting sentiasa jaga adab pertuturan. -like- awek bertudung.. sekurang2nya x lah saya dapat dosa bila dia kuar x tutup aurat hahaha..
    dah 2x bcinta semua gagal di sebabkan awek tu yg pernah yakin yang saya ni milik dia. la ni pun tengah mcari yang lain ekekeke.. mari kita lihat siapa yang kena...

    create by: skymobileirc.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. pilih yg tegas dan matang + sayang kita sangat2 =)

    ReplyDelete
  6. yg suam2 kuku je rupanya..
    sebab sdar diri yg rupa kita ni pun suam2 kuku jugak kan.huhu
    poket tebal?xpayah la..sbb mak bapak masih panjang umur untuk sara kita.hehe

    yg penting,smyg cukup,so that boleh marah kita yg lalai smyg ni.
    dan jugak slalu ada evertme kita rindu n perlukn dia.huhu
    ok ke jwpn cmni?

    ReplyDelete
  7. pilih yang memahami hati lelaki ini.. ;DD

    *Tahniah tuk BE tersebut! ;)

    ReplyDelete
  8. kalo lin.
    lin pilih yang suka buat lawak.
    tapie lawak dia yang otomatik buat kita ketawa dan happy.
    sekurang2nya kita leh kelihatan muda selalu.

    sembahyang
    hormat mak bapak
    baik
    ikhlas
    cukup duit tuk jaga anak dara orang.
    (semua di atas memang dah tentu)

    ReplyDelete
  9. nak sumone yg bole memahami.
    caring n bole manja manja dgn dye.
    agi 1 ta nak yg suka pertikaikan sgt taraf pendidikan walhal kita kan masih belajar lagi.
    hehehe.

    ReplyDelete
  10. yg bt kita jd diri sendiri..& trima kita seadanya..
    yg penting HATI cantik.. :)

    ReplyDelete
  11. berdasarkan :
    cintanya pada yg Esa . <3
    santun pekertinye .
    tinggi ilmunye .
    berfikiran jauh & matang .
    penerimaan diri kte seikhlas hatinye .
    sifatnye yg sabar .

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails