Friday, December 17, 2010

1.00 ringgit + 20 sen = 1.20 sen!

assalamualaikum

ok, korang masih ingat tak entry aku pasal, gula merah, tak ingat boleh klik kat SINI ek, nie sambungan part kedua plak, haha. watak masih yang sama iaitu adik kimmy! adik sepupu aku, macam yang hari tue, aku bagi duit suruh pergi kedai beli gula merahkan, tapi kali nie sebab mood aku masih malas lagi nak gi kedai, aku panggil kimmy nie suruh pergi kedai lagi. sebab dia nie memang rajin giler kalau bab-bab gi kedai nie

aku : kimmy, tolong pergi kedai jap

kimmy : beli ape kak?

aku ; tolong belikan cili api 1.00 ringgit 

( aku bagi dia rm 1.20, 1.00 untuk beli cili api, pas tue 20 sen untuk upah lah kiranya, ala budak-budak tak payah bagi upah banyak sangat, hikhik)

kimmy : cili api 1 ringgit

aku : nah, amik duit nie, yang 20 sen tue amik buat upah, belilah jajan ke ape ke ek.

kimmy : angguk tanda faham, dia pun terus berlalu pergi kedai, sambil duk menghafal cili api-cili api

(3 minti lepas tue dia pun jerit panggil aku)

kimmy : akakk owhh akak!

aku : ar, mana dia cili api?

kimmy : nah, dia hulurkan aku beg plastik

aku : eh, peliknya awat lain mcm jew nie

(kali nie, first time dia beli dengan betul, barang yang dikirim, tahniah kimmy, haha)

aku : kimmy asal, sikit cili api nie, kau bawak tadi ada tercicir ke ha?

kimmy : tak ada lah kak, tue abang kedai yang bagi, dia bagi sikit jew.

aku : takkan lah seringgit mcm nie pulak, ko cakap ngan abang kedai tue nak beli berapa?

kimmy: kita cakap nak beli cili api 20 sen

aku : haaaaa?? kan akak cakap yang 20 sen tue duit upah kau, yang kau beli cili api 20 sen tue wat apa, pandai ko ek nak ambik upah 1 ringgit

kimmy : kita lupalah kak, akak suruh beli berapa ringgit tadi, hehe

aku : habis mana duit seringgit tadi?

kimmy : (dia tunjuk beg plastik yang ada jajan dalam nya) dah habis kak, kita beli jajan!

aku : speechless



*jajan = makanan ringgan


4 comments:

  1. sangat chomel.my lil bro pon kadang2 sengal2 ubi but still suwitt..:)

    ReplyDelete
  2. haha kelakar tul si kimmy nie, naseb tak bg rm10.20, 20sen beli cili, 10hinggit beli jajan..hehe...

    ReplyDelete
  3. ahahaha..boleh tahan gak la dia wat lawak..
    nasib baik dia beli gak 20 sen..
    kalau habes 1.20sen tu dia wat beli jajan lagi haru..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails