Wednesday, March 16, 2011

burger malaysia dan puding roti ^____^

assalamualaikum semua

sejak menjadi suri rumah sepenuh masa nie, aku rajin betul nak buat kuih-muih nie. pantang sikit tengok blog masakan, mulalah tekak aku mengidam nak makan. dalam minggu nie je, tekak aku mengidam nak makan burger malaysia dengan puding roti, ermmmm so delicious!!!

disebabkan bahan-bahan nak buat puding dengan burger malaysia nie senang gila dan mudah nak dapat, jadi decide nak buat sendiri jew. mula-mula resepi first buat burger malaysia! korang mesti pernah makan kan benda nia, aku ingat lagi, burger malaysia nie famous jual kat kantin sekolah, selalu kalau time rehat je mesti beli.

tapi sekarang agak susah jugak nak cari burger nie, sebab tengok kat area aku nie, dah tak ada pun orang jual. lagi 1 pulak if ada orang jual, burgernya sangat-sangat kecik, dan tak puas nak makan T___T  jadi lebih baik buat sendiri kan! hehe leh buat besar-besar macam pau!

nie lah dia rupa kuih burger malaysia aku, sedap taw korang, roti dia memang lembut gila lah, hahaha *puji diri sendiri pulak! tapi serius gila, roti dia memang sedap, thanks kepada kak yani, sebab semua resepi anda memang TERBAIK!

*tak sampai 1 jam, dah habis dilahap si comel nie ^__^

dah buat burger nie, aku buatlah pulak desertnya, puding roti, hehe resepi nie pun memang simple gila lah, dah yang penting sedapppppppp! kalau sapa nak resepi tue leh lah pm fb aku. teringin nak makan puding roti nie pulak, bila tengok bf aku punya kakak buat, macam sedao je so nak try gak rasa, first time buat, alhamdulillah jadi! nie lah dia rupa puding roti aku


aku suka gila petikan drama tiramisu nie "kenapa perlu beli,kalau boleh buat sendiri"  

bye semua!


p/s : bercita-cita nak bukak bakery shop suatu hari nanti! semoga hajat dihati tercapai, amin...


6 comments:

  1. burger mini itu sangat menarik hatiku..

    *ayat nak skema la pulak kannnn*

    ReplyDelete
  2. smoga cita2 akak t'capai suatu hari nanti..
    good luck!!!^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails