Tuesday, March 8, 2011

movie beastly ada tulisan jawi dekat kening!

Assalamualaikum semua



dah lama rasanya aku terperap duduk rumah dan sudah lama jugak,tak keluar tengok wayang. so pagi tadi decide nak pergi keluar tengok wayang with my bf! hehehe

disebabkan my bf kerja syif malam, so ajak lah dia teman tengok wayang, okey memang banyak gila lah cerita mat salleh yang baru keluar, sampai tak tau nak tengok yang mana satu, hahaha last-last sekali pilih cerita beastly.

cerita dia boleh tahan best jugaklah,  watak utama dia kyle nie seorang pelajar yang hensem seorang yang kaya, kiranya kyle nie seorang yang berlagak dan suka memandang hina pada perempuan yang hodohlah. lepas tue nak jadikan pengajaran pada kyle nie, dia kena sihir jadi hodoh gila-gila, dan kena cari perempuan yang suka dekat dia dan lafaz i love you pada dia, baru lah dia bertukar kacak balik. ala-ala cerita macam putera katak lah kan, kena sihir, hehe kalau ikutkan aku, aku rate cerita nie 3/5 bintang. boleh tahan best jugak cerita nie

kalau korang nak tahu lebih lanjut, pergi lah menonton di pawagam ek, tak pun download jew, hahaha
tapi yang tak bestnya cerita nie kan, time dia make up wajah kyle jadi hodoh tue, aku perasaan kening kyle tue ada tulisan jawi, ape motif mat salleh buat make up dia macam tue ek? korang leh tengok pic dekat bawah nie


*tengok bahagian kening dia tue, ada tulisan jawi


owh, berkenaan dengan giveaway tue, ezan akan update senarai nama dekat sidebar, if ada nama yang tertinggal inform yea darling! bye..


3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails