Saturday, July 16, 2011

resepi kek tiramisu or tiramiss you ^__^

Assalamualaikum semua

sekarang nie dah jarang gila nak update blog, sebab makin tua idea dah tak ada, hahaha *padahal itu alasan sahaja ^_^

okey, kali nie nak ezan nak share resepi tiramisu cake, atau ezan selalu panggil kek tiramis youuu! haha disebabkan tak pernah merasa kek nie macam mana, then terasa nak cuba rasa mcam mana, so ezan pergi lah dekat kedai kek, try beli satu slice, mahal jugak satu slice dalam 6 ringgit lebih if tak silap.

so bila makan, mak aii! sedap gila rasanya! tak cukup nak makan satu slice, nak beli satu biji kek, mahal lah pulak T_T so decide nak buat sendiri jew lah, kalau nak ikutkan beli bahan-bahannya tak sampai pun harga macam yang kita nak beli sebiji kek tue. 

ok dah melalut banyak pulak, haha jom kita tengok resepinya! oh yea, ada yang kalau buat tiramisu nie gunakan biskut, tapi ezan gunakan kek span. nie gambar kek yang ezan buat tadi, sorry tak sempat bak tangkap gambar dalaman kek, sebab sekejap sahaja dah licin dan selamat masuk ke perut. haha
 selamat mencuba ^_^


bahan-bahannya:

1 biji kek span kopi berukuran 8 inci (tapi ezan buat sendiri kek span nie, so kalau korang malas beli jew yang dah siap, ada jual kat supermarket)

isian keju :

250gm keju krim philadelphia
120gm gula kastor
150gm yogurt perisa asli
200gm krim putar tenusu (dairy whipping cream)
20gm gelatin halal
80ml air panas

sirap kopi :

1sudu besar nescafe instant + sedikit paste kopi or cappucino
3 sudu besar gula
1/4 cawan air panas

cara membuatnya :

1) belah kek span kepada 2 bahagian, potong bahagian atasnya. ketepikan
2) krim putar hendaklah disejukkan dan dipukul hingga kembang. setelah itu simpan dahulu dalam peti sejuk.
3) krim keju dipotong kecil-kecil. putar keju dan gula hingga lembut dan masukkan yogurt.
4) campurkan gelatin dan air panas, guna cara double boiler, sehingga gelatin larut dan cair.
5) campurkan gelatin ke dalam adunan keju bersama krim putar tadi. kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk selama 10 minit agar ia pekat sedikit.
6) ambil selapis kek span dan letakkan ke dalam loyang bulat 8 inci yang boleh ditanggalkan bawahnya. sapukan sirap kopi diatas permukaan kek span tersebut supaya ia lembap. kemudia tuangkan 1/2 adunan krim keju atas kek. ratakan krim di atas dan tepi kek.
7) letakkan lapisan kedua dan sapukan sirap kopi diatas permukaan kek. tuangkan lebihan krim keju keats kek. hentakkan 2-3 kali atas meja agar krim keju sampai ke bawah. taburkan serbuk koko diatasnya dengan menggunakan penapis.
8) sejukkan kedalam peti sejuk dalam 6 jam hingga keatas.







9 comments:

  1. mmg sedapppppppppp ! kena try ! ^^

    ReplyDelete
  2. sdappppnyaaa,,,favret sy ni,,tp tgk cara mcm sush gak kan nk wat,,,tp kena tgk real br pahm kut,,huhu

    ReplyDelete
  3. @ aisya j : ezan pun suka jugak ^__^

    tomato : wajib try, sure tak menyesal, hehe

    soly solicious : meh datang amik

    missina : senang jew syg, follow jew step2 ezan tue, sure jadi ^_^

    ReplyDelete
  4. Salam.

    I ada email untuk tempahan header.
    Hope you will reply as soon as possible.

    Tq :)

    ReplyDelete
  5. yummy i love tiramisu!!!..hik3

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba nanti nie..

    p/s:salam kenal singgah sini dan follow.jemput ke blog saya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails