Friday, February 3, 2012

masak-masak : homemade ala-ala nugget!

Assalamualaikum,

Okey, dekat sini ezan nak share sikit resepi untuk orang yang membuat diet atkins! hihi disebabkan diet atkins nie tidak boleh menagambil karbohaidrat lebih 20gm so, ezan telah reka satu resepi yang sangat mudah, dan cepat disediakan untuk dibawak bekal.

okey nie dia bahan-bahan yang diperlukan

- daging ayam kisar (brand ramly ) depend brand apa-apa pun boleh :)
- dua batang hotdog direbus sekejap, selepas itu dipotong nipis-nipis (saya guna honey chicks sebab karbohaidrat rendah)
- sedikit daun bawang
- setengan labu bawang besar dipotong dadu
- sedikit garam ( agak-agak sendiri lah yea :p)
- sedikit lada sulah
- 2 batang lada besar ( hiris nipis-nipis)
- telur 1 biji (dipukul macam nk buat telur dadar)

Cara-caranya

-  Gaulkan semua bahan diatas kecuali telur. setelah sudah gaul, buat bulat-bulat kecik, macam fishball  tu, then panaskan minyak,  bila minyak dah panas celupkan daging kisar yang kita buat bulat-bulat tu ke dalam telur, dah masukkan dalam kuali. goreng sehingga kekuningan dan boleh diangkat.

nak goreng tanpa celup telur pun boleh depends lah kepada cita rasa masing-masing.

dah siap, tak sampai 10 minit, selamat mencuba yea!









* sebelah kiri disalut dgn telur 
* sebelah kanan tanpa telur

5 comments:

  1. salam, nk tny kat mana yer boleh dapat hot dog honey chicks

    ReplyDelete
  2. salam, nk tny mana yer boleh dpt hot dog honey chicks

    ReplyDelete
  3. @lifeinaloop : sosej honey chick boleh dpaat dekat pasaraya econsave dgn snk je tak silap, tapi if awak buat diet atkins, tak suggest dah guna brand nie sebab carb dia dah tinggi :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails