Monday, November 19, 2012

kiko + klinik haiwan swasta

Assalamualaikum...

seronoknyalah dapat cuti seminggu last week, sampai pagi tadi nak bangun pi kerja rasa malas je, hahaha boleh tak nak sambung cuti lagi seminggu? almaklum lah cuti tahun ada 14 hari lagi :p

last week hari rabu, aku cuti then nak bawak kiko iaitu kucing aku pergi vet, sebab kaki kiri dia, dekat bahagian kuku, luka dan berbau busuk. mula-mula aku tak perasaan ada luka dekat kuku kaki dia, then bila aku gomol kiko nie, aku terbau benda yang kurang menyenangkan hidung. padahal baru 2 hari lepas aku mandikan dia, tak kan lah cepat betul badan dia bau busuk macam tu.

aku cek punya cek, sekali tgk kuku kaki dia ada luka dan dari siu rupanya bau busuk. so decide nak bawak kiko pi vet kerajaan je sebab salah satunya harga yang murah. bila sampai je vet kerajaan sekali dia ckp, sekarang nie rawatan untuk kucing dah tukar hari jumaat pulak, hari rabu dia dah tak buat.

terpaksa pi cari vet swasta, aku tau satu vet klinik swasta yang murah kat area klang, tapi malas nak pergi sebab jauh, dan jalan nak pergi klang selalu jem, so decide nak pergi satu klinik nie, pernah pergi sekali klinik nie dekat bukit tinggi, tapi bayaran dia agak mahal, tapi demi kiko redah jelah sebab time tu aku tak tau sgt klinik vet dekat mana lagi area klang.

bila dr tu cek, dia ckp tak serius sangat kecederaan kiko, cuma ada luka sikit, then aku tgk dia just besihkan luka, bagi kiko makan antibiotik plus ngan pil untuk hilangkan bengkak. bila time nak bayar tu aku agak terkejut jugak sebab harga dia nak dekat 70 ringgit. ubat yang aku dpt cream sapu, antibiotik ada dlm 5 bijik mcm tu dan ubat bengkak dalam 5 bijik jugak.

korang rasa reasonable ke tak harga yang dia bagi tu? untuk pengetahuan korang, luka dekat kuku kiko tu tak besar mana pun, kecik je, then kiko pun boleh berjalan and bermain macam biasa walaupun kaki dia ada  luka. maybe nie second last kot aku pergi klinik veterinar sawasta kat bukit tinggi nie, sebab aku tak expect harga dia boleh mahal macam tu T___T




3 comments:

  1. comey nye kucing awak... teringat kat kucing yang selalu main2 kat belakang rumah saya.. tapi saya tak adopt pun... cuma bagi makan ajer...

    ReplyDelete
  2. klinik swasta biasa utk kita p amik ubat demam pun mhl, apatah lg klinik swasta utk haiwan. huhu...

    ReplyDelete
  3. nak tanya vet mana dekat klang mana yg murah tu?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails