Thursday, December 6, 2012

homemade burger for atkins diet!

Assalamualaikum semua....


yeay, misi untukkan kuruskan badan still lagi dijalankan, dan semangat masih lagi membara, maklumlah dah lama asik kantoi dan makan secara berlebihan, sampai bila time pakai baju je, mula rasa nampak hodoh! pakai baju tu tak kena nie tak kena, last-last cabut pakai t-shirt je senang, HAHAHA.

okey, kat sini ezan nak share resepi homemade burger untuk yang membuat diet atkins, macam ezan! sebab kalau kita beli burger yg kat pasarraya tu karbo dia tinggi, so dengan buat sendiri jumlah carb tu kurang lah sikit.

bahan-bahan yang diperlukan :

daging kisar ( kalau boleh cari yang paling rendah carb)
sedikit bawang holland ( suku )
bawang putih ( 6 ulas )
lada hitam ( nak pedas letak banyak )
oregano ( dalam 2 sudu besar )
garam ( secukup rasa )

cara-caranya :

first sekali cincang bawang holland dan bawang putih halus-halus
- gaulkan bawang yang dicincang halus tadi dengan daging kisar sehingga sebati
- masukkan garam, lada hitam, oregano secukup rasa
- gaul sehingga sebati, lepastu masukkan sebijik telur dan gaul lagi
- dah gaul sampai mesra semua, bolehlah buat bentuk bulat
-akhir sekali masukkan dalam freezer


senang gilakan! so boleh try! lagi best kalau makan dengan mayo dan sos buatan sendiri :)

next entry ezan nak share resepi roti ala atkins dan boleh dimakan dengan homemade burger nie, stay tune guys!


* siapa yang pernah buat diet atkins nie komen-komen lah, berapa kg dah turun :)

4 comments:

  1. oooo..mcm tu :D nak try! apa mcm rasa dia? ok ke ?

    ReplyDelete
  2. Salam, ezan dh start diet bape lama? Bagus ke diet ni ezan?

    Sy ngah berdiet jgk.. 2 bln x ambil nasi & kurangkan mknn bergoreng.. mkn bihun @ sup2.. ambil sayur & buah2 lebih.. Elak dr skip makan, sarapan+snack+tengah hari+snack+mkn mlm..

    Alhamdulillah, 4-5kg turun.. now nak turunkan lg smpi dpt berat ideal.. Memang kena kuat semangat, disiplin & sabar..hehe.. dlm minggu ni dh mula mkn nasi tp segenggam je sehari :)

    ReplyDelete
  3. steffany daph : rasa dia sedaplah, hehehe tapi tak adalah rasa mcm burger mcd :p

    nani : ezan baru start seminggu, alhamdulillah kalau betul2 ikut pantang larang diet atkins, seminggu boleh turun 3kg! kalau nani nak tahu lebih banyak pasal atkins, leh contact ezan kat fb :)

    ReplyDelete
  4. wah..thanks for sharing nice recipe..
    nugrul pun penah wat atkins diet nih... trun 4kg sebulan... tp mase raye haji ari tuh stop kejap...hihihi nih minggu depan nak start balik... ketandusan idea nak masak ape utk atkins diet nih...hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails