Friday, February 22, 2013

resepi : aiskrim goreng dan cara membuatnya

Asalamualaikum


sekarang nie dah 2 bulan asik banyak kerja, kadang-kadang nak update entry pun dah susah time kerja, maklumlah kat umah kita tak ada intenet, so kena lah update time office hour, haha

kalau banyak waktu free nanti, kita update pasal progress kahwin dan idea D.i.y yang kita nak share nanti.

okey hari nie izan nak share satu resepi paling senang gila nak buat! orang pemalas pun boleh jadi rajin kalau tgk resepi nie, hahaha resepi nie sesuai untuk pencuci mulut okey.

so jom tengok bahan-bahan yang diperlukan :


1- aiskrim ( ikut suka nak perisa apa)
2- roti gardenia ( buang tepi yang warna coklat tu ) time buat nie izan lupa nak buang kulit tepi tu, hihi
3- sudu or scoop aiskrim
4- cawan ( untuk buat bentuk bulat )

CARA-CARANYA :



1 ) ambil satu keping roti san letak aiskrim ditengah-tengah, ikut banyak mana nak letak tapi jgn banyak sgt, nanti pecah, hihihi



2) kemudian ambil lagi 1 keping roti dan letak diatas aiskrim tadi, mcm gambar diatas


3) then ambik cawan, tekapkan dekat roti tadi, buang bahagian tepi. 


4) so nanti dapatlah bentuk bulat macam nie.


5) Then simpan roti aiskrim tadi dlm plastik or tupperware. dan letakkan dalam freezer biarkan dlm 2 jam baru boleh goreng.

TIPS : time nak goreng tu, biar minyak banyak sikit dan betul-betul panas baru letak rotiaiskrim nie, dan cuma sekejap sahaja menggoreng bila dah kuning-kuning terus angkat. kalau kita goreng time minyak tak panas sangat nanti roti aiskrim nie akan serap minyak dan kita jadi loya nak makan, haha. so make sure minyak betul-betul panas!


6) roti goreng aiskarim siap untuk dimakan! yummyyyyy...

selamat mencuba :)







4 comments:

  1. wahhh. senang gila. mmg boleh cuba sangat la ni! hehe :)

    ReplyDelete
  2. Nk tnye nie..klau jual 1 biji aiskrim goreng tu brape ek??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails