Friday, May 17, 2013

idea untuk doorgift

Assalamualaikum semua

lama dah tak hapdet blog! bz dengan kerja yang tak habis-habis. sebenarnya banyak benda yang nak share kat blog, tapi tulah bila nak karang entry je, terpaksa save balik kat draft.hihi so kali nie free sikit, so izan nak share idea untuk doorgift kawin izan nanti!

sebenarnya lama jugak nak cari idea nak bagi doorgift apa untuk tetamu yang datang nanti. sampai buntu, yealah kita nie penagntin jimat, nak beli barang tu kena lah ikut bajet jugak kan, haha
tapi yang bestnya untuk doorgift pihak lelaki, my sis nak sponsor. so jimat dah dekat situ. so sekarang nie izan cuma perlu fikir doorgift untuk kawan-kawan rapat dan tetamu yang lain.

so izan dah dapat idea nak bagi dekat kawan-kawan nanti, so ini dia!


cookies in jar! izan dah survey harga kalau nak tempah cookies siap sekali masuk dalam jar harga dalam 4.50-6.00 per pcs! so bayangkan kalau izan nak order 250pcs?? so izan decide nak buat sendiri je! haha
lagi pun nak buat dalam 250 jar yang kecik-kecik tu. so nanti kengkawan dapat lah merasa cookies perantin buat sendiri, hik hik

benda yang kedua nak letak dalam goodies bag ialah


coklat sudu! see comelkan, alhamdulillah izan dah jumpa sudu yang warna warni dlm gambar nie, dan harga  memang murah, 400pcs baru 10.90sen! jimat gila. coklat sudu nie, senang je nak buat. just cairkan coklat piping dlm sudu dan hiaskan ikut kreativiti. izan ada jugak survey kalau nk order coklat sudu nie, ada yang ambik harga sampai 1.20 per pcs! mahaiiiii gila. 

barang yang ke tiga


personalized yassin. ha yang nie izan order okey,  nak buat sendiri malas pulak, haha so dah survey harga dalam 3.00-2.50 if yang bewarna. kalau black n white 1.50. 

so, harap-harap sangat apa yang dirancang akan berjalan lancar. amin

next entry nak cerita pasal vendor baju dan pelamin! yeay, kita dah jumpa butik yang ada baju untuk pengantin yang berisi, hehe

ok, bye!



6 comments:

  1. Menarik laa ;)

    moga segala urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. ni untuk time bile izan?? nikah ker???

    ReplyDelete
  3. Assalam.nak tnya mana order coklat sudu tu?kiut dan murah.tq

    ReplyDelete
  4. Salam semua. Kalau berminat nak jadikan mini tasbih sebagai doorgift majlis perkahwinan anda, jemput jenguk link ni ye. Terima Kasih
    https://www.facebook.com/doorgiftmajlis.tasbih

    ReplyDelete
  5. aS SALAM PUAN IZAN, boleh tahu beli di mana ye sudu plastik yg jimat giler tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, saya beli dekat 2ply meru.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails