Monday, July 22, 2013

Shopping barang hantaran, baju nikah dan jumpa arron aziz!

Assalamualaikum semua


sedar tak sedar dah masuk 13 hari kita berpuasa kan, selamat berpuasa kepada semua, tak lama lagi nak raya! yeay!! persiapan raya macam mana? izan tahun nie persiapan raya memang tak buat lansung, sekarang nie sibuk buat preparation untuk kahwin je. tak lama dah lagi masa berjalan sungguh cepat!

orang lain sibuk shopping baju raya, tapi izan setiap hari ahad nie sibuk pergi beli barang hantaran, maklumlan kan musin raya, so barang-barang memang banyak lah sale! dekat situ dah boleh jimat duit sikit, hehehe alhamdulillah semua barang-barang hantaran perempuan dan lelaki dah complete! yeay! 

memula ada jugak bercadang setiap bulan nak beli 1 barang, so tak terasa sangat duit tu keluar kan! tapi memasing sibuk dan malas nak beli 1 bulan 1 barang, sebab macam tak best pulak, nak cari barang sikit-sikitkan, so senang hari minggu keluar terus cari semua barang, duit pun keluar macam air paip.

okey, bab baju nikah pulak pun dah selamat beli semalam. mula-mula izan ada pergi survey dekat nagoya, kamdar nak beli kain chiffon georgette  tapi tak berkenan dihati dan tak banyak pilihan. sebenarnya ada jugak baca beberapa review blog b2b kata dekat kamdar murah, tapi kamdar dekat klang nie dah tutup lah pulak! so malas nak pergi kamdar kl sana, dah lah jauh jem pulak lelagi nak raya nie kan.

so pilihan terakhir pergi jakel shah alam, ada yang kata dekat jakel mahal sampai 28 semeter! tapi takpelah pergi jelah survey dulu, sebab mana tau kot-kot ada offer ke kan. dan alhamdulillah rezeki memang baik, jaklel buat promotion kain chiffon georgette tengah sale, harga asal semeter Rm 25 after less Rm 15 semeter! murah gila kau!

dengan pantas pangil SA suruh potong 6 meter, then dia bagi diskaun lagi 1 ringgit, so dapat lah harga 1 meter Rm 14.00 syukur alhamdulillah. so mana B2B yang nak mencari kain tu boleh serbu pi jakel sekarang sementara tengah ada sale nie.

semalam time tengah pilih-pilih warna, sekali aron aziz mai jakel sebab nak promosi baju melayu arron aziz! dapat jumpa arron aziz tapi tengok dari jauh jelah, hewhewhew sebab siapa nak bergambar dan nak tangkap gambar kena beli baju melayu aron aziz, tak kuasa lah den nak melayannya.

okey lah korang bye!

till then.....

1 comment:

  1. haha. beli bj melayu br bleh amik gamba?? hampeh! hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails