Monday, August 5, 2013

cincin VS gelang emas

Assalamualaikum semua....


mood tak nak pergi kerja dah datang menyerang since last week lagi, hahaha lelagi sekarang lagi berapa hari je nak raya kan! lagi lah mood nak pergi kerja tu hancur dan lebur ntah pergi mana. korang pun mesti macam aku jugak kan kan kan..

eh dah alang-alang  update entry nie, nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri dekat semua pembaca blog i yang tak seberapa nie, maaf zahir dan batin yea jika ada salah silap selama menaip entry dalam blog nie ;)

okey berbalik pada tajuk entry, sekarang nie hati tengah dalam dilema. ikutkan hati untuk majlis nikah nanti, untuk batal air sembahyang, izan nak cincin je. tapi bila ikutkan orang lain diorang suruh beli gelang emas T_T 

kalau nak tau, dari izan kecik sampai besar la nie! tak pernah pakai aksesori baik rantai, cincin, gelang or what so ever lah, jam pun izan tak pakai tau. lelagi kalau aksesori emas. izan memang tak suka gila, sebab nampak macam orang tua, haha cuma izan pakai cincin emas yang merisik je, yang lain tak ada.

tadi dok google nak cari cincin untuk cik abang, sekali jumpa pulak BLOG nie, buat entry pasal cincin, bila tengok je  gambar-gambar dia dok upload terus jatuh hati dan berkenan! thanks kak sebab bagi link dekat mana nak cari cincin tu, hehe

cincin irma + redza







cantik kan korang! siap boleh customize lagi, boleh letak huruf jawi/rumi! dan harga dia mengikut jenis design yang kita nak. izan dah tanya tadi kat orang yang buat cincin nie dan harga untuk sepasang sangat affordable range dari 850-1500 mengikut design.

izan dah berkenan gila tapi ada yang tak setuju, so izan malas nak membantah jadi ikut jelah cakap orang lain beli je gelang emas untuk nikah nanti, takpe biar kita makan hati janji orang lain bahagia T_T tapi takpe lepas kahwin nanti izan nak beli jugak! tak kira.

kalau ada yang berminat nak beli boleh pergi dekat LINK nie. 



till then....

1 comment:

  1. hye izan..hee..kte mmg dah tempah kat anggun klasik ni..wedding insyaallah bln11 nanti. eh,nak tanya apa ya? ni link fb..

    https://www.facebook.com/myraanne.noridin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails