Thursday, August 29, 2013

Tips untuk jimat masa bertunang

Assalamualaikum semua...

entry kali nie nak cerita pasal tips berjimat cermat masa pertunangan cara izan, hehehe
tetiba je nak share entry nie sebab ada perasaan kekadang ada masuk keywords untuk budget bertunang dekat nuffnang izan ^.^  entry agak panjang so tarik nafas dalam-dalam.

here we go........





1- Checklist

kalau dah merancang nak bertunang tu kita mesti dah prepare kan apa nak dibeli semua, berapa kos untuk itu ini. so untuk korang yang nak berjimat dalam bertunang nie perlu sesangat ada checklist nie, macam izan sendiri ada sediakan satu buku nota, so dari situ kita tahu apa barang yang kita nak beli dan mesti set kan budget untuk sekian-sekian barang, sebab kalau kita dah set awal-awal budget untuk satu item nie, kadar untuk over budget sangat lah kurang, heheh


2-Barang Hantaran

Bab hantaran nie kita kena bincang atara dua pihak, nak balas berapa dulang. 5 balas 7 ke etc. atau trend sekarang time bertunang naik sekali semua, so bila time kahwin nanti tak  payah nak fikir pasal hantaran lagi. so uolls pilih lah yang mana satu. then untuk barang hantaran nie, seboleh-bolehnya beli jelah barang yang betul-betul kita pakai, contohnya set mandian/ set perfume kononya tiap-tiap hari kita pakai jenama lux or perfume silky girl je, tapi bila time bertunang/nikah kita nak mintak yang berjenama sikit dan mahal, sebab malu nanti apa orang lain kata bagi hantaran jenama murah. for me lah kan, tak kisah orang nak kata apa, sebab bukan duit diorang yang beli semua tu, lagi pun izan dah survey set mandian/ set perfume untuk yang berjenama harga untuk satu set dalam 300-400++ kalau izan memang tak beli lah harga macam tu, sebab mahal sesangat dan tak mampu, tapi if korang ada bajet lebih why not belilah. nie tips untuk orang yang saving macam izan, hehehe so pastikan sebelum nak beli hantaran dah listkan siap-siap barang nak dibeli dan budget untuk semua barang hantaran tu, untuk make sure tak over budget yea sayang-sayang semua ;)

3-Mini Pelamin 

zaman sekarang nie time bertunang mesti wajibkan ada mini pelamin,huhuhu dulu time dedulu time bertunang takde pun benda alah nie semua, dulu senang je, bakal mak mentua datang sarungkan cincin dalm bilik, dah jadi tunang orang! hahaha okey bagi yang budget tak banyak better tak payah lah nak buat mini pelamin nie, sebab harga untuk buat mini pelamin nie dah nak dekat 500++ korang boleh je sarung cincin dalam bilik kan kan... atau kalau nak sangat mini pelamin apa kata D.I.Y just gunakan barang-barang yang ada tanpa perlu keluarkan modal ;)  korang boleh gunakan tirai or langsir yang ada dirumah atau kalau tak ada sangat boleh pi beli kain kat nagoya yang memurah tu, then hiasannya just guna creepe paper or buat paper wheel tu pun dah cukup menarik macam gambar dekat bawah nie.

source : HERE

source: HERE


4- Doorgift for Guest / Jemputan tetamu

Sekarang nie pun time bertunang dah menjadi "trend" untuk bagi doorgift! pada izan kan, kalau time tunang nie tak payah bagi pun takapa sebab bertunang jekan, time kahwin nanti barulah boleh bagi,tapiiii kalau korang ada budget lebih nak bagi tak salah pun, duit korang kan kan.. dan untuk majlis bertunang nie jugak seelok-eloknya jemput saudara-mara dan kawan-kawan yang rapat je, tak perlulah nak jemput satu kampung dan nak post kat fb bagai, hahaha sebab nabi pernah berkata begini :

"Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)

5- Baju bertunang / Photographer /Videographer / Makandam

Untuk baju bertunang pulak, kalau korang nak berjimat, just gunakan baju kurung korang yang sedia ada pun dah memadai, tak perlu lah nak keluarkan budget nak pergi beli kain dan tempah baju baru untuk bertunang. sama juga hal dengan make up, kalau pandai makeup sendiri tak perlu nak hire makandam, sebab nak bertunang nie bukannya kita nak over makeup tebal-tebalkan, just pakai bedak, lipstick sikit pun dah cantik, kalau nak hire makandam pun  kena keluarkan budget dalam 200-300 untuk makeup bertunang. part photographer dan videographer time bertunang nie pun, depend on budget korang, kalau agak-agak budget dah takada, korang boleh je capture memori time bertunang tu guna kamera digital pun dah cantik. takpun kalau ada kengkawan ke yang ada camera DSLR tu korang suruh lah amibikkan then nanti bagi lah upah belanja makan ke apakan, hehehe.

Okey rasanya tu jelah kot tips yang izan ada untuk nak dikongsikan, if korang nak tambah apa-apa lagi boleg drop comment yea! last sekali nie tips lagi jimat sesangat, tak payah bertunang just terus akad nikah dan kahwin terus dapat hubungan yang halal :) sebab kalau bertunang pun kita mesti kena keluarkan budget dalam 2k or 3k, apakata simpan duit tu untuk nikah, kan dah jimat. sebab izan pun tak pernah bertunang, sebab izan dan pasangan dah memang sepakat dan sebulat hati tak nak bertunang. sidia pernah cakap " kalau tunang pun kita belum jadi yang "halal" so better simpan duit terus nikah, hehehe "

okey lah korang so tips-tips diatas adalah pendapat izan sendiri, so kalau rasa-rasa korang memang ada budget banyak boleh je nak buat apa yang korang nak, tapi kalau nak berjimat boleh consider dengan tips nie, hehe salah silap harap maaf.

okey lah dah panjang gila menaip nie, naik kebas jari. bye korang semua...

till then.......................











12 comments:

  1. Da tunang da! hehehe. nut nice entry dear =)

    ReplyDelete
  2. jom join my 1st GA!http://sfaezah.blogspot.com/2013/09/mini-giveaway-by-sfaezah.html

    ReplyDelete
  3. setuju sgt=) masa btunang dulu pn bjet rendah..bli hantaran yg murah2 je, jnji mmg pakai lepas tu..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

    ReplyDelete
  5. berjimat amalan mulia..tp jimat punya jimat pun, byk jugak belanjanya sbb sume barang da naik harga..hihi

    ReplyDelete
  6. kan best kalau sume pun ade mindset mcm ni. and untung lah family pun faham kehendak izan :)

    sy ni kalo bole nak sgt buat tips yg last tu tp apakan daya, turutkan jela kehendak family. nk buat yg simple2 pun da ade bunyi2, inikan pulak kalo xnak buat lgsung :/

    ReplyDelete
  7. kalau boleh memang nak nikah je terus tapi mak ayah saya pulak tak nak terima dan setuju.

    ReplyDelete
  8. memang kalau boleh kami nak nikah je terus tapi tu la..mak ayah saya pulak tak setuju sedangkan pihak perempuan dah bagi laluan yang senang dah.

    ReplyDelete
  9. As student mesti nk nikah trus. Nk jimat kos katakan. Tapi apakan daya ti jadi fitnah lak. Org nk wat menda bek tapi difitnah nya.

    ReplyDelete
  10. mmg bagus blog nii :) adik yg baru mnjejakkan kaki ke dlm dunia blog pun suka baca blog nii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails