Thursday, October 17, 2013

D.I.Y @ beli hand bouquet/ bunga tangan

Assalamualaikum semua...


kalau aku kaya hari-hari hari raya......huarghhh, tensionnya lah, serabut dah rasa kepala nie, nak kawin nie banyaknyalah guna duit, ikutkan hati nak nikah je, hahahaha padan muka diri sendiri sebab tak pernah beringat untuk buat saving T__T

ok lah malas nak pikir pasal duit yang keluar bagaikan air itu, ok preparation kawin baru 50% siap, lebih kurang  1 bulan lagi. cerita pasal bab kahwin, baru teringat pasal bunga tangan untuk akad nikah dan bersanding nanti.mula-mula ingat nak D.I.Y sendiri, tapi bila difikirkan masa dah tinggal sikit, dengan D.I.Y yang lelain belum siap lagi, terus batalkan niat nak buat sendiri. so ingat nak tempah dekat orang je senang, bagi duit bunga pun siap! 

so izan ada google beberapa jenis hand bouquet, sampai naik rambang mata, semuanya cantik uolss! so nah izan share, kot-kot ada B2B yang lain pun tengah mencari handbouquet jugak :) cekidauttt

1) PEARL HAND BOUQUET 



*picture credit HERE

cantikkkk gila kan! okey pearl hand bouquet nie kak saila pandai buat siap buat tutorial tau lagi. memang hebat! then time dia kahwin dulu pun dia D.I.Y sendiri, so kalau korang nak tau harga boleh email kak saila sendiri ek dekat SINI

kak saila jugak baru-baru nie ada buat hand bouquet baru, daisy crepe hand bouquet. 


so anything kalau korang nak order pergi terus dekat blog dia okey :)



2. FRESH FLOWER HAND BOUQUET

kalau nak ikutkan banyak dah kan orang ambik tempahan untuk buat hand bouquet guna fresh flower nie, google je semua ada. tapi izan suka tengok gubahan hand bouquet fresh flower dari renee memang ohsemm! terliur tengok sebab cantik sangat dia gubah. macam contoh dekat bawah nie




*credit picture fb renee meow

menangis tengok cantik gila dia gubah, berseni sungguh tangan dia. then yang bestnya kalau nak order dekat renee nie, kita boleh cakap nak bajet berapa ringgit untuk hand bouquet, so sangat best untuk B2B yang jimat macam izan nie, hehe kalau korang nak tengok lagi banyak contoh boleh pergi dekat fb dia okey :)

3. FABRIC HAND BOUQUET

kalau sebut fabric hand bouquet mesti teringat dekat EX B2B kat intan, sebab fabric hand bouquet yang dia buat memang cantik serta kemas, time kak intan kahwin pun dia D.I.Y sndiri jugak hand bouquet. kalau korang nak buat sendiri pun boleh pergi je dekat blog kak intan dekat SINI dia ada sediakan tutorial.



*credit picture blog intan norazam

4. DAISY CREPE HAND BOUQUET

satu kelebihan kalau kita guna hand bouquet yang bukan dari fresh flower,bila dah habis majlis kita boleh simpan hand bouquet tu buat kenangan kan. boleh tunjuk dekat cucu cicit nanti, hehe. hand bouquet dari crepe paper nie pun cantikkk. berkenan gila bila tengok dekat blog CIK MIN nie, semua yang dia buat cecantik.


*credit picture to cekmin




6 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails