Friday, December 20, 2013

Hidup sebagai isteri

Assalamualaikum..

p/s: entry agak panjang sikit, harap bertabah untuk baca :P

amboi-amboi tajuk tak hingatkan! hahaha hari nie nak share pasal hidup bila dah jadi isteri orang nie. 360 darjah dah berubah semua sekali! macam tak percaya.

dulu time bujang memang malas gila! i admit it. tapi bila dah kahwin nie mana boleh nak bawak perangai time bujang tu dulukan. hihi dulu time bujang baju mak basuh,mak lipat. bila balik kerja makanan dah ada bawah tudung saji. dulu pun time bujang bila bangun lambat, katil pun tak sempat nak kemas. bilik pun macam rupa apa dah.

sekarang bila dah bergelar seorang isteri, tanggungjawab makin besar. dulu boleh lah malas-malas masih bujang, sekarang tidak lagi. sekarang saya dah rajin! hahaha angkat bakul sendiri :p sekarang tiap-tiap pagi bangun awal sediakan air dengan breakfast untuk suami. tapi alhamdulillah suami izan bila dia nak breakfast dia bagi tahu, kalau tidak dia nak minum air je, sebab katanya tak boleh nak masuk sangat makan pagi-pagi. 

balik kerja je, dalam pukul 6 macam tu, basuh baju then terus sidai. nak basuh pagi memang tak sempat sebab mesin basuh mak dah guna pagi-pagi.hehe dah siap basuh baju fikir nak masak apa untuk suami. alhamdulillah dapat suami yang tak cerewet bab makan, dia kata kalau lauk telur dadar dengan kicap pun dah ok. tapi yelah mana lah nak sampai hati kan tak kan lah tiap-tiap hari nak makan telur dengan kicap, hahaha. sampaikan tiap-tiap hari izan blur nak masak apa, last2 beli buku resepi nie, memang sangat membantu bagi idea ;)

*banyak gila resepi dalam nie, bagus untuk yang tiap-tiap hari pening nak masak apa, hehe


hari tu suami teringin nak makan sweet corn, jadi time pergi pasar hari tu perasan ada orang jual jagung, terus beli balik rumah je kopek satu-satu bijik jagung, suami puji sedap! haha lepas tu teringin nak makan ketam pulak. macam orang mengidam pulak :p

* sambai ikan bilis petai. tak tau lah sekarang memang feveret gila makan petai, dulu tak sangat cakap petai pahit lah apalah.sekarang amik tiap-tiap ari nak makan petai =..="


buat masa sekarang nie, izan stay dekat rumah mak dulu, tengoklah next year macam mana nak cari rumah sewa or apa. tapi walaupun duduk dengan mak, semua tanggungjawab sebagai isteri tetap jugak izan buat.yelah tak nak lah amik kesempatan kan duduk dengan mak, tapi tak buat apa-apa. 

betullah kan bila dah jadi yang halal nie, hidup rasa sangat indah, kadang-kadang bangun pagi boleh buat tersenyum sendiri bila tengok suami kemas tempat tidur, kadang-kadang tolong lipat baju sesama, walaupun kadang-kadang cara lipatan tak kemas, tapi tetap bersyukur sebab suami tetap jugak nak tolong, hihi

so far alhamdulillah, dah boleh buat semua tanggungjawab sebagai isteri, dan alhamdulillah perangai yang dulu time bujang pun sedikit sebanyak dah hilang, hehe bak kata mak perangai boleh diubah, muka je tak bboleh nak ubah! hahaha

so korang meh lah share pulak perasaan lepas jadi isteri orang nie.

ok korang, till then.......




5 comments:

  1. akak pun suka petaiiiii..tp mkn byk2 kang angin pulak perut..huhuhuhu! husband akak mesti tension je kalau akak mkn petai..busuk dia kata..hehehehe!

    akak wpun dah kawen masih bermalas2an..jarang sgt rajin..huhuhu! ada ubat rajin tak? hehehehe

    ReplyDelete
  2. alaaahh!! sweet sangat!!!!!!!!!! stress!

    ReplyDelete
  3. Kan2...jadi isteri ni kena kreatif..lagi2 bab memasak...tp yg best hari2 le explore resipi baru...

    ReplyDelete
  4. bahagianya jadi sorg isteriiiii ^^

    ReplyDelete
  5. suka jgk petai

    side effect tak tahan tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails