Tuesday, January 7, 2014

kad nikah

Assalamualikum semua..

eh terajin pulak nak update 2 entry dalam masa satu hari nie, hehehe ok nak share kepada ex-b2b area selangor untuk proses buat kad nikah.

firstly yang korang kena buat ialah pergi ambil surat perakuan nikah yang original dekat pejabat agama. macam izan hari tu nikah 1/12/13 then selepas 2 minggu lepas majlis pergi pejabat agamatempat izan, but malangnya belum siap lagi, dia cakap sistem ada problem, so sebelum pergi better call dulu tanya dah siap belum. jangan jadi macam izan membazir je cuti tapi tak boleh nak buat kad nikah.

lepas dah dapat surat nikah yang original korang fotostat sekeping then boleh pergi ke JAIS . tapi sebelum tu korang kena sediakan gambar passport suami/isteri okey. gambar isteri kenalah berpakaian sopan dan menutup aurat okey! jangan bagi gambar seksi pulak, hahaha

then dah sampai je JAIS, korang terus pergi  kaunter bawah tu ambik no gilliran, then nanti korang cakap lah nak buat kad nikah, nanti dia akan bagi satu borang kecik suruh korang isi, dah siap tunggu nombor dipanggil dan serahkan borang tadi tu dengan fotostat surat nikah dan gambar suami isteri sekeping sahaja. lepas tu bayarlah rm 40 ringgit. satu kad rm 20 ringgit. 

dah setel semua urusan, kad akan siap dalam masa 7 hari. so korang datang balik next weeknya bawak resit yang diorang bagi. time nak ambik tu salah sorang yang datang pun boleh suami/isteri. macam izan hari tu suruh husband tolong ambikkan je, hehe.

kebaikan kad nikah nie senang, sebab kita tak payah nak bawak surat nikah yang besar tu, nak lipat-lipat nanti rosak. ada kad nie senan isi je dalam wallet sebab bentuk dia kan macam kad pengenalan. 

ok mana yang tak tau dekat mana lokasi MAIS nie izan share alamat dengan landmark nak pergi sana



Jabatan Agama Islam Selangor, 
Bangunan Sultan Idris Shah, 
Tingkat 1 Menara Selatan, 
No 2 Persiaran Masjid, 
40676 Shah Alam, Selangor. 
Tel: 03-55143400  
Fax: 03-55103368








8 comments:

  1. akak kan langsung tak buat kad nikah..hehehehe..sebabnya jauh sgt Shah Alam tu, lagi pun kad tak wajib, lagi la akak dgn husband tak buat. hehe! last-last sampai ke hari ni, tiap kali kitorang nak ke mana2, esp luar KL, overnight kat KL, takut2 jugak..haha (padan muka). sebab orang pandang kami serong je. huh!

    ReplyDelete
  2. bestnya dh dapat kad.. sy punya lmbat siap..

    ReplyDelete
  3. Tahniah dah ada lesen.izan nak tanya mcmana nak contact cardbymyyan tu selain daripada email.coz email tu mcm ada problem. saya memang brkenan sangat kat paper bag utk door gift. nak tempah utk sister wedding bulan 5. Ada cara nak contact?

    ReplyDelete
  4. salam.nk tanya..nk buat kad kene pergi suami isteri ke atau wakil sorang je pn boleh..tq

    ReplyDelete
  5. Nak buat kad kene pergi suami isteri, nak ambil kad baru bole wakil salah sorg.

    ReplyDelete
  6. saya & suami dua-dua asal sarawak, nikah pun kat sarawak. Tp sekarang menetap kt selangor. Boleh x klu nak apply kad nikah tuu sbb kat sarawak blm ade lg perkhidmatan buat kad nikah tuu

    ReplyDelete
  7. Saya dan suami dua-dua asal sarawak, nikah pun di sarawak. Tp sekarang menetap kat selangor. So, boleh tak nk apply kad nikah tu sbb kat sarawak blm guna lagi kad tuu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails