Monday, June 16, 2014

pelamin lambat pasang, salah siapa?

assalamualaikum......

lama dah tak update blog, disebabkan dengan kerja yang tak pernah habis. semalam tengah online tetiba terperasan satu group nie post pasal ada satu blog nie terkena dengan sorang vendor, korang boleh baca dekat link INI

bila dok baca dia punya blog tu, kisah dia hampir serupa dengan time izan kahwin dulu. cuma yang membezakan vendor yang izan pilih bukan kawan or orang yang izan kenal. dah nak masuk 7 bulan kahwin baru nak share pengalaman dekat blog, hihi boleh lah ek? 

kisahnya macam nie, izan kahwin 1/12/2013 hari ahad. so masa last fitting baju tu, akak dekat butik tu dah siap comfirmkan semua balik dengan izan colour pelamin, bunga warna apa, kerusi bentuk apa semua then macam-macam lagi. tak silap izan time last fitting tu izan buat  lagi 4 hari kot before majlis. 

khemah dekat rumah dah pasang seawal hari rabu lagi. so cakap ngan akak tu khemah dah ready. so tanya dia nak pasang pelamin hari apa. dia ckp hari sabtu maybe petang or malam. sebab takut kalau pasang awal nanti kotor sebab cuaca hujan masa bulan 12 tu. so izan pun okey.

hari sabtu tu, izan whatsapp akak tu tanya nak datang pukul berapa untuk pasang pelamin. akak tu kata dia ada lagi satu job pasang pelamin dekat jalan ipoh kalau tak silap, then dia kata maybe around pukul 10 macam tu dia sampai nak setup pelamin. so izan pun ok jelah.

menjadi klimaks ceritanya bila tunggu punya tunggu sampai pukul 11 tak muncul-muncul jugak. izan dah tak sedap hati. bayangkan pukul 11 malam takde nampak batang hidung lagi, dah lah nak guna pelamin esok pagi. perasan risau, semuanya ada tambah lagi tekanan dari side family. parents izan dok tanya mana pelaminnya? tak pasang-pasang lagi dah pukul berapa nie dah lewat tak sampai-sampai lagi.

izan tertekan sangat time tu rasa nak nangis, tapi masih boleh dibendung lagi. whatsapp lagi akak tu. dia kata tengah on the way. akak tu tak ikut, dia bagi no husband dia suruh contact ada dekat mana. dah dapat no husband dia terus contact. dia kata dalam perjalanan dalam pukul 12 diorang sampai. then boleh bayangkan akak tu boleh kata takpelah adik pergi je tido nanti diorang sampai diorang terus pasang pelamin.

korang rasa dalam keadaan pelamin tak setel lagi, boleh ke senang lenang nak tido?? of coz lah tak. masa menunggu diorang sampai pun kesabaran dah sampai limit max! dengan parents setiap jam tanya. yelah sebab diorang risaukan benda nak guna esok dah masuk 12 tgh malam. dah masuk hari ahad pun pelamin tak pasang-pasang.

tunggu punya tunggu dalam pukul 1 or 2 tak silap diorang sampai. izan pun dah lupa. tapi memang diaorang sampai dalam pagi orang tengah syok-syok tido.bila diorang dah sampai hati baru lega sikit. tapi sangat-sangat kesal dengan butik nie, sepatutnya dia boleh arrange pasang rumah izan petang kalau dia ada job nak pasang pelamin tempat lain malam tu.

perkataan maaf sebab lewat pun takde nak ucap. suppose sebagai pengantin izan kena tido awal, sebabkan nak tunggu orang pelamin sampai pukul 2 pagi baru tido. tu pun tak lena nak tido. pukul 5 dah bangun. jadilah mata panda!

izan pilih butik nie sebab bila baca dekat fb diorang banyak bagi comment positive, so my expectations diorang punya kerja okey and good service. but maybe im not lucky. so terkena dengan masalah pelamin lambat pasang. 

so kepada B2B yang nak mendirikan rumah tangga, survey dulu butik yang korang nak hire then baru decide. korang kena rajin remind and follow up dengan butik yang korang ambik. jangan jadi macam izan okey. hehe good luck B2B semua.

p/s : malas nak tulis butik mana izan ambik, korang boleh tengok post yang lama izan ada mention ambik dari butik mana ;)

till then........

2 comments:

  1. fuhhhh! serius sakit dada baca pengalaman korang berdua ni..huhuhuhu!
    bg akak memang x patut sgt3 bt customer mcm tu..elok lah kalau review je vendor mana..x sesuai berniaga org2 mcm ni..

    ReplyDelete
  2. tq sis, entry yg bermanfaat bagi B2B mcm saya ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails