Tuesday, September 30, 2014

25 Tahun!

Assalamualaikum...

lama sudah tak updated blog, disebabkan penyakit malas yang berganda-ganda, terdetik nak update tapi asik tangguh je. tapi izan rajin blogwalking baca-baca entry korang. seronok tengok owh! nak ucap tahniah dekat kak saila norman and ieda aurora dapat baby girl & boy! happy parenting uolls!

nampak tittle tu 25 tahun? iolls dah genap 25 tahun on 27sept yang lepas. sekejap je masa berlalu dah besar panjang. syukur alhamdulillah allah masih beri pinjaman untuk hidup sehingga ke hari ini. first time sambut birthday dengan husband. takde apa surprise pun, hahaha daku boleh tertido menunggu detik 12 malam untuk masuk 27hb hari tu. hampeh betol. husband beriya tunggu sampai pukul 12 nak wish birthday, tapi malangnya bininya dah tido.

then paginya bangun pergi kerja, husband wish birthday, walaupun tiada hadiah atau sambutan, tapi sudah cukup bermakna kalau suami ingat bila birthday isteri kan! tapi hari tu tersentuh sangat hati, sayu je rasa, bila salam dengan mak, mak wish birthday dan doakan semoga cepat dapat baby. peluk-peluk mak, masuk kereta drive sambil menangis, huhu sedih sangat sebab izan tahu mak nak sangat timang cucu :'( 

tapi belum rezeki izan dan suami lagi, masih belum lagi ada rezeki zuriat. insyaallah allah sebaik-baik perancang. doakan izan ya kawan-kawan.

semalam, husband tanya nak hadiah apa, terus spontan cakap nak pergi bercuti! hihi maybe nak pergi cameron, macam nak pergi pantai, haishhh ada suggestion tempat yang best dan tak memerlukan bajet besar?

insyaallah lepas ni, akan cuba untuk kerap update.

till then.......


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails